Wednesday, April 04, 2012

Kali terakhir bersama .

Assalammualaikum dan salam sejahtera . 

Pada tarikh 31 Mac 2012 , berakhirlah pengajian Diploma Pengurusan Bank aku di UiTM Alor Gajah , Melaka . Kalau korang nak tahu , rumah aku dengan UiTM tu dekat lah sangat sangat . Aku ni orang Alor Gajah , study diploma pun kat Alor Gajah . Tak berkembang kan . HEHE . 

Eh , aku sebenarnya bukan nak post tentang pengajian aku yang dah berakhir ni . Aku nak cerita tentang aku keluar bersama rakan-rakan kelas aku buat kali terakhir sebelum kitorang ambil the last paper 31 Mac tu . Tapi , tak semua yang join , just kawan kawan yang rapat dengan aku je . HEHE . 

Dah lama kitorang plan nak keluar sama macam ni , tapi ada je hal yang menghalang . Contohnya , masalah kewangan , kadang-kadang ada assignment yang kena siapkan atau bincangkan , dan ada masalah yang menimpa salah seorang daripada kami ni ha . Tu yang susah nak hang out together , Kitorang nak keluar sama sama ni sebab nak buat satu memori buat kali terakhir untuk diploma kitorang ni . Nanti , boleh jadi kenangan manis buat kitorang an . Ada lah jugak moment yang boleh jadi ingatan . HUHU .

Lokasi pertama yang kitorang pergi adalah tengok wayang  kat Golden Screen Cinema (GSC) di Dataran Pahlawan , Melaka . Movie yang , menjadi pilihan kitorang , THIS MEANS WAR . Boleh tahan best lah cerita ni . Tentang dua orang spy  ni merebutkan seorang wanita ni . Banyak jugak part part kelakar dalam cerita ni meh . Tapi kanak-kanak tak dibenarkan etngok cerita ni , just 18 above is allowed ye . HEHE . Kalau nak tahu dengan lebih lagi , pergi lah tengok ye .


* Ni lah movie tu . you should try meh . HUHU ^.^


* keching keching jap before masuk wayang . 


* just window shopping jap . Lame sangat turn nak masuk wayang . HIHI .


*  saje nak tunjuk tunjuk ticket tu . padahal takde apa pun . KEHKEH .


Lepas dah bergelak gelak dan ber-feeling feeling dalam wayang tu . Of course lah cari tempat untuk isi perut yang dah berbunyi ni . Perut masing-masing dah keluar macam macam jenis lagu dah . Ada lagu zapin lah , rock lah , R&B and aku lagu korea . HAHA . So , kitorang pergi lah terjah restoran yang kitorang dah lama teringin nak makan ni . Emm . Ada satu restoran ni ,ia ala ala korean . Nama restoran tu , SEOUL GARDEN kat Mahkota Parade , Melaka . Restoran ni , korang just perlu bayar dulu kat kauter depan tu ikut dewasa , kanak-kanak or kalau korang ada kat student , korang dapatlah diskaun dari harga dewasa tu . So , rajin rajin lah bawa kad matrik ye . HEHE . Lepas tu , korang boleh makan seberapa banyak yang korang nak dan seberapa lama yang korang mahu . Maaaaakaaaan je lah  . 


* saje nak masuk promote restoran ni . HEHE . "silakan datang ye " 

Dalam tu ada macam macam makanan ada . Contohnya , daging tu ada digaul dengan macam macam bahan (daging black pepper , garlic and others bahan) , ada salad , dessert (ais krim , bubur , abc ) , dan banyak lagi lah . Kalau aku nak senaraikan semua makanan yang ada dalam tu , habis penuh satu post ni aku tulis nanti . HAHA . Pergi lah cuba ye . 


* tu dia . YUMM YUMM . makan sepuas-puasnya meh . HUHU .



*masing-masing muka happy sebab perut dah penuh and hampir meletup dah tu . HAHA .


* pose depan restoran tu dengan muka yang girang , hati yang senag dan perut yang kenyang . WUHUUU .


BURGHHH ! Alhamdulillah . Kenyang sudah . Tuhan je lah tahu bertapa kenyang nye kitorang . Tak pernah rasa kenyang dan perut penuh macam tu . Betul-betul tahap maximum penuhnya . HAHA . Leka makan je , kitorang tak perasan yang hari dah petang . Dalam pukul 4 petang macam tu . Tapi kitorang still tak puas jalan jalan . So , ada lah seorang kawan aku ni ajak lepak kat pantai before balik rumah . Kemudian , kitorang pun cari pantai yang berdekatan . Pantai yang paling dekat , PANTAI KLEBANG . Pantai yang ada tanda '1 Malaysia " . Pantai tu memang selalu ramai orang duduk lepak kat situ and ada yang main layang-layang sebab kat situ angin agak kuat gaklah . Best lepak lepak . HUHU . 

So , kitorang mula lah lari lari kat tepi pantai tu macam orang tak pernah jumpe air kan . Macam hindustan pun ada gak . Yelah , bukan selalu kitorang pergi situ . Hermm . masa aku duk huha huha kat tepi pantai aku tu , tiba tiba ada beberapa kawan aku buat something yang agak mencurigakan kat kereta tu , jadi aku nak lah pergi tengok an . Yelah , takut ada apa-apa masalah ke . Tapi , seorang lagi kawan aku ni duk tarik tarik plak pergi terus jalan jalan tepi pantai . Aku pun dah ting tong dah masa tu . 

Tak lama lepas tu , dengar diorang nyanyi lagu Happy Birthday and sambil tu bawa kek . Rupa rupanya , diorang surprised untuk birthday aku dengab seorang lagi kawan aku ni, Fatimah namanya .Memamng aku terkejut lah and tak expected yang diorang nak celebrate bithday aku dan Fatimah . HUHU . Thanks ye korang . 


* ni lah my cake . yummmmyy !


* besday girls . me and Fatimah 



* moh makan cake moh . makan sampai pengsan . HIHI .


* kami dibuli oleh budak budak nakal . Dah macam ape tah kami ni ha . HAHA .


* diorang pun kene sekali . padan muka . KEHKEH . 


* hamik kao timah ! cekik dia ramai ramai . HA HA HA .


* pose for the last time before go back home  ♥ ^.^


Kenangan yang terbina ini akan sentiasa terpahat diminda aku dan sentiasa bermain-main difikiran ni . Sampai bila-bila pun aku takkan lupa saat-saat kita bersama sepanjang pengajian diploma yang kita sama-sama harungi selama 3 tahun . Terlalu banyak ilmu , pengalaman , kisah-kisah , memori , dan suka duka yang aku dapat . Aku harap , kita akan dapat berjumpa lagi . Sedih lah plak bila buat ayat menyentuh hati ni . Sobs Sobs :'(

Semoga kita semua akan terus berjaya dalam hidup masing-masing dan May Allah bless you my all friends . Sayang korang sangat sangat . Muah muah for you 

 "I WILL MISS YOU "
"I WILL LOVE YOU KETAT KETAT"
"WE WILL BE FRIENDS FOREVER AND EVER"
"BFF muah "





















No comments:

Post a Comment