Sunday, May 29, 2011

BAHAYA meh .

Assalammualaikum . MAHU CAKAP . mahu cerita . MAHU KONGSI ^.<


Sekarang ni kan . Lori dan bus dah macam kereta dah . Nak tahu kenapa ? Haaaa . Mase aku on the way nak balik rumah dari Bandar tadi , tetibe ada lori besar HON  aku dari belakang . Terkejut giler kot aku . Die horn aku sebab aku lambat lah kan . Padahal , die yang drive laju . Series laju meh . Huyung hayang lah kereta time die potong kereta aku tadi . HUSH . Nasib baik takde pape . Aku rase nak sekeh je driver lori besar tu . ISHH . Geram meh .






 Dari apa yang aku perhatikan lah kan . Bile aku drive , orang yang driver lori yang besar besar (kontena) and bas bas tu memang drive macam diorang drive kereta tahu tak . Seram bile tengok meh . Kereta dah kecil je , sekali lori besar and bas tu libas , PUNGGGG ! penyek and hancur kereta tau . .Suka hati diorang je nak drive laju macam tu . Bukan fikir bahaya dan risiko drive laju laju .Entah apa tah die nak kejar . Pelik betul aku meh . HEMMM .

Lagi lagi kan plak , banyak kes bas kemalangan . Korang mesti pernah dengarkan berita berita tu semua . Yelah , kecoh kot . HUHU . Tu pun , driver driver bas kat Malaysia ni masih tak sedar sedar lagi . Still banyak lagi bas yang laju macam giler . Pernah sekali tu , Highway kan ada tiga lorong . Masa tu aku stay kat lorong kedua tu . Lepas tu , tiba tiba ada bas ni cucuk cucuk kereta aku , padahal masa tu aku speed laju kot . Aku dah gelabah , terus aku masuk lorong ketiga tu . Series , aku memang geram betul dengan bas tu . Rase nak pancitkan je tayar bas tu and sekeh driver die . Drive tak berhati hati betul . Die fikir nak cepat je . Nyawa orang yang die bawa tu tak fikir langsung . Padahal , kalau bas tu kemalangan , penumpang dengan die die sekali bole KIOOK ! . Adoiii . Fikir panjang lah sikit . HEMMM .

Ada one day tu , aku pernah nampak kat traffic light . Dua kenderaan besar , kontena dengan lori besar berlumba dan speed laju teramat sangat semata mata nak kejar lampu hijau . Mase tu , semua yang ada kat situ pandang je kontena dengan lori besar tu lalu . Masing masing muka terkejut and takut . Yelah , takut gak kalau kalau dua kenderaan tu terbabas . Adoii . Tak paham betul aku .

Pesanan ikhlas dari aku kepas semua driver driver di Malaysia ni . SAYANGILAH NYAWA ANDA DAN HORMATILAH ORANG SEKELILING ANDA . ye ye . hehe ^.<

Friday, May 27, 2011

WELCOME !

Assalammualaikum . MAHU CAKAP . mahu cerite . MAHU KONGSI ^.<


WELCOME ! WELCOME ! kepada kawan kawan aku yang bakal menjejakkan kaki semule ke Lendu , Alor Gajah , Melaka . Semoge Allah mempermudahkan urusan dan memberkati perjalanan korang . Yela , korang niat datang untuk belajar kan . InsyAllah , Allah akan memberkati semuenye . 

Jumpe di UiTM ye semue . HEHE ^.<

last text for you .


Text terakhir aku untuk die ".........take care . Gudnite . Salam " . Hope die akan happy selalu  . May Allah bless you  . Happy be your friend -.-


Thursday, May 26, 2011

EGO

Assalammualaikum . MAHU CAKAP . mahu cerita . MAHU KONGSI ^.<

Haaaaa . Sebenarnye aku nak cakap pasal EGO perempuan dan lelaki ni . Agak agak lah kan , ego siapa lagi tinggi ? Mesti ramai jawab ego lelaki lagi tinggi . Kan kan ? Jawapan tu dah famous dah orang bagi . HUHU .

Hakikatnye , lebih kurang sama je meh . Dalam dunia ni , bukan semua lelaki mempunyai ego tinggi , ada jugak yang ego nye biase biase je . Perempuan pon ada jugak yang mempunyai ego yang tinggi . Betol tak ? Jangan nak nafikan ye . Aku pernah jumpe perempuan yang ego tinggi ni . HEHE .

Aku selalu nampak hal hal ego ni berlaku dalam kisah kisah percintaan . Yela , kalau dah gaduh BEDEBUSH sane . BEDEBUSH sini . Untuk perbaiki hubungan tu , salah seorang mestilah kene mengalah . Betol tak ? Ada sesetengah kisah tu , lelaki tu yang buat hal , mengamuk sane mengamuk sini , dia taknak minta maaf , perempuan tu plak yang terpakse mintak maaf  . adoiii . Bole plak kan . ish ish .Yang aku pelik , lelaki tu tak serba salah plak . Mungkin dia rase dia betol kot dalam hal tu . HERMMM . mungkin lah .. HUHU . Tapi , ada jugak perempuan yang sikap macam tu . Dah salah , taknak say sorry . Lelaki lah yang pujuk *ayang ayang die . HAHA . Adatlah orang bercinta . Mahu manje manje gitu meh . KEHKEH .

Ade satu kisah lagi , perempuan ni ada hati or suke lah kat lelaki tu . Tapi , rase ego dan malu yang tinggi ,menyebabkan die lebih rela suke dalam diam diam . Pendam habis perasaan . HERMMM . Yelah , kalau die admit kat lelaki tu yang die suke and cinta kat lelaki tu . Jatuh ah air muke and ego die sebabgai perempuan and nampak macam die terhegeh hegeh kat lelaki tu . Sesetengah perempuan akan berfikiran macam tu . Kan kan . Dalam mase yang sama , lelaki pon ade yang bersikap macam tu . Mahu jage status seorang lelaki lah katekan . Tapi , bagi aku lah kan . Lelaki kene elakkan bersikap macam tu . Sebab , kalau bukan lelaki yang mulakan dulu , takkan perempuan pulak . Nanti , tak pasal pasal perempuan tu kene label *peringgi cari timba la plak . Keeeessiiiian perempuan tu . (MEREPEK SIKIT MEH . haha .) .So , lelaki lah yang patut mulakan untuk menyinar cinta dalam sesuatu hubungan tu . HEHE.

EMMMM .... dah takde contoh kisah dah . nanti kalau ade . aku cite lagi ye . HAHA . Kisah kisah yang kat atas ni . Aku dapat dari pengalaman yang dialami kawan kawan aku . HEHE . Ingatlah ye , EGO ni takkan bawa kite ke mane pon . EGO ni jugak , ade baik dan buruknye . HUHU .

Salam dari aku , ieka.

Wednesday, May 25, 2011

Mangsa Runtuhan Tanah

Assalammualaikum . MAHU CAKAP . mahu cerita . MAHU KONGSI . hehe ^.<




*wajah anak anak yatim yang suci dan bercahaya sebelum tragedi tanah runtuh

Sayu je hati bile terkenangkan tragedi yang menimpa anak anak yatim ni . Hampir 16 orang yang meninggal dunia dan 9 orang yang terselamat . Bile aku bace setiap cerita tragedi ni kat paper , sedih teramat meh . Kesian diorang . HURMMM .  Aku doakan semoge roh mereka dicucuri rahmat oleh-Nya . Marilah kite sedekahkan AL-FATIHAH .





result

Assalammualaikum . MAHU CAKAP . mahu cerita . MAHU KONGSI . hehe ^.<


Hari ni dan semalam , kecoh pasal result dah keluar . Takot ah nak tengok result . Entah macam mane lah agaknye kan . HUSH . Gerun meh . USSSHHH ! Tadi aku dah berani nak tengok dah , tetibe bile dah bukak , UiTM cakap aku tak buat SUFO , so tak bole tengok result . Adoiii , banyak betol benda aku lupe nak buat last sem . Careless and pelupe betol aku ni . HURMM . Tadi aku dah buat dah SUFO , mungkin esok baru bole tengok kot . HUHU . Hope hokay lah result aku . Amin ~~ 

first time with hijab style

Assalammualaikum . MAHU CAKAP . mahu cerita . MAHU KONGSI . hehe ^.<



Haa . ni lah rupe aku pakai hijab shawl . Puas belajar lilit lilit , jadi gak hijab style ni . Senang je rupenye . HEHE . Mase nak mule mule nak belajar tu , punye lah pening aku nak pahamkan . Pastu , bile dah paham . laju je aku pakai hijab ni . Just gune 3 je jarum peniti . Tak payah nak pakai pin besao besao tu . HEHE . Kadang kadang aku tengok aku pakai hokay , kadang kadang nampak macam lain macam je . Entah la hey , HAHA . Takpe takpe , aku saje nak mencube something new bagi aku lah . Tapi , sebenarnye style ni dah lame dah remaja remaja pakai . HUHU ^.<

Wednesday, May 18, 2011

tidur lewat , naik berat badan . HUSH !

Assalammualaikum . tak jawab dosa meh . huhu ^.^

Now , aku saje nak kongsi tentang ape yang aku bace dalam newspaper semalam . Pasal kesihatan kesihatan ni . Kalau korang nak tahu , tidur lewat lewat boleh menjadi punce berat badan kite naik meh . adoiii . Dah la majoriti kite kite ni suke tidur lewat kan . HUHU .


Paper yang aku bace ni , BERITA HARIAN ,17 MEI 2011 , page 40 . 

pOint yang ade dalam petikan tu :

  • Kajian dari Eropah , kurang tidur melambatkan metabolisme , lantas mengakibatkan badan menggunakan tenaga berkurangan . 
  • Hasil kajian terbaru dilaporkan Jurnal Nutrisi Klinikan Amerika , menambahkan bukti kurang tidur boleh menaikkan berat badan .
  • "Penemuan kami menunjukkan kekurangan tidur sehari secara teruk mengurangkan penggunaan tenaga di kalangan lelaki sihat berikutan tidur menyumbang kepada pengimbangan kitaran penggunaan  tenaga harian ."
  • Kajian sebelumnye , pernah mengaitkan kekurangan tidur dengan peningkatan berat badan dan turut menunjukkan bagaimane tidur tenganggu turut menganggu paras tekanan dan hormon berkaitan lapar ketika waktu berjage .


Haaa . hope korang faham la dengan ape yang ternyata kat dalam petikan akhbar ni . So, jangan selalu sangat tidur lambat hokay . Nanti berat badan korang naik . HEHE . Tidur la awal sikit . dalam pukul 12 ke . pukul 11 ke . Aku pon same gak , suke tidur lambat . HAHA . Take care la ye korang . Bye . Salam ^.<

Saturday, May 14, 2011

movie KONGSI

Assalammualaikum . tak jawab dosa meh . huhu ^.^

Haaaa ... 12 Mei hari tu , aku dengan kawan aku pergi tengok movie Kongsi yang dikatekan gempak , best , kelakar dan macam macam lah .



Bagi aku , movie ni biase je . Ade sedikit bosan . Sebab jalan cerita movie ni dah biasa sangat aku tengok . Bedebush sane . Bedebush sini . Bosan bosan cerita ni , still kelakar and fun sikit la . Papepon , cerita ni takde lah teruk mane pon sebenarnye . Nasib baik tiket murah je . RM7 . HEHE . 

hokay , pada sape yang belum tengok . Tengokla movie ni . Ni pendapat aku pasal movie ni . Korang aku tak tahu lah . Just tengok je  . Lain orang , lain pendapat kan . HUHU . hOkay . Bye . Sakam .

lalala ...

Assalammualaikum . tak jawab dosa meh . huhu ^.^

wahhh . dah berhabuk , bersawang dan bersepah blog aku ni . dah lame aku tak kemas meh . adoiii . Habis aku vacuum ,mop and sapu blog aku . HEHE . Aku ni bukan sentiase ade idea nak tulis ape . Lagi pun nothing nak cerite . hurmmm .

Hari ni , aku ade mood sikit nak main taip taip kat laptop aku and blog ni . Sebab dah tak tahu nak buat ape dah . Online Facebook pon , still bosan bagi aku . Ape je lagi aku nak buat , nak taknak , online ni je la aktiviti yang ake bole buat kat umah ni . HAHA .  *ieka ieka . kesian kao . kehkeh 



hurmmmmm . emmmmmm . hoooo . HAHA . nanti lah . kalo aku ade idea . aku conteng lagi blog aku ni ye . sekarang otak aku tengah kosong la . hehe. hokay . bye . Salam ^.^

Monday, May 09, 2011

buat ibu . this for you ^.^





Hope , ibu happy tengok video kat atas ni . I LOVE YOU IBU  ^.^

Friday, May 06, 2011

ibu . I LOVE YOU until i die .


Name wanita yang comel di atas ni NORRIZAN BT. MD ALI . Beliau dilahirkan pada tarikh 11 Mei pada tahun 1963 dan berasal dari Alor Gajah , Melaka dan sudah berkahwin (hehe ^.^) . Beliau ,memliki tiga orang anak , NORAZURA , NORZULAIKHA dan ZULHELMI . Seorang wanita yang ada darah cina campur melayu . Memang nampak chinese look kan kan . hehe .



Inilah ibu aku , seorang wanita yang telah berkorban selama sembilan bulan dan bergadai nyawa untuk melahirkan aku . Sehingga sekarang ibu tak pernah jemu menjage aku walaupon aku ni agak memeningkan dan nakal . Ibu jugak sentiasa memberi dorongan , peringatan dan nasihat kat aku . Ibu ni garang teramat , dulu lah . sekarang ibu macam dah kurang sikit garang . hehe . Mungkin ibu dah malas nak garang sangat , sebab kitorang dah besar besar semuenye . huhu . 


Terime kasih ibu , sebab sudi menjage , mendidik , dan menyayangi along , ieka and emi selama ni . Ibu dah banyak berkorban untuk kami . Walaupon ibu penat , ibu sanggup layan kerenah dan perangai kami . Jasa ibu terlalu banyak sampai tak terkire , kami akan sentiasa mengingati jasa ibu sampai kami mati . Terime kasih sekali lagi ibu . WE LOVE YOU MORE MORE FOREVER . muah ! 


SELAMAT HARI IBU ! 
WE LOVE YOU !
MUAH MUAH !

menyahat hati

Assalammualaikum . tak jawab dosa meh . huhu ^.^

Menyahat hati . Semalam aku ade bace paper , aku bace yang pasal 3 beradik hanyut dalam deras air kat Ulu Bendul . Tige tige adik beradik meninggal . Sedih meh .


ni gambar kanak kanak tu sebelum kejadin tu berlaku .


mak kanak kanak menangis menatap jenazah anaknya 

Ape yang aku bace , mak kanak kanak ni tak sempat nak jumpe anak die sebelum kejadiaan tu . Siyes terkilan kot . Stakat ni , baru dua orang jumpe . Yang lagi seorang kanak kanak tu masih tak jumpe sampai sekarang . Same same lah kite berdoa , supaya keluarge dan peyelamat tu akan jumpe kanak kanak tu . hurmm . Tak dapat bayangkan kesedihan seorang ibu yang kehilangan tige tige anak sekali gus . Teramat perit meh . Aku harap , mak kanak kanak ni tabah dan sabar mengharungi dugaan yang besar ni daripada Allah . Allah takkan menduga hambaNya luar daripada kemampuan hambaNya itu sendiri . 

hokay . saje nak kongsi cerita yang menyahat hati ni . sedih kan . Marilah kite sedekahkan Al-Fatehah untuk arwah kanak kanak ni . AL-FATEHAH . 

bye and salam ^.^

Thursday, May 05, 2011

comics

Assalammualaikum . tak jawab dosa meh . huhu ^.^

Haaaa . tengok tak tajuk kat atas . COMICS . Sebenarnye , since dari aku umur 17 tahun , aku suke kumpul comic korean . Majority comics korean ni berkisahkan tentang cinta remaja . Memang sweet lah jalan percintaan diorang . Tu yang buatkan aku suke bace comics korean . hehe . dah banyak gak la aku kumpul . Harge buku ni satu RM6.50, ade juga yang harge RM7.50 . Murah je kan kan . huhu .


ha . comics dalam video kat atas ni adalah comics yang aku kumpul setakat ni . Dalam kotak tu ada banyak lagi . Tapi aku malas nak keluarkan. huhu . Dah lame sebenarnye aku tak beli comics tu , sebab mase tak mengizinkan aku bace comics . Aku kene fokus untuk study and assignment . Sekarang aku tengah cuti sem . So , aku start balik bace comics tu . Tambahkan lagi collection . Memang hilang lah bosan bace comics . Tapi jangan terpengaruh sangat meh . huhu .

emm . hokay lah , aku saje nak kongsi pasal hobi aku ni . Masing masing ade hobi tersendiri kan . Enjoy lah dengan hobi anda ye . Have fun . Bye . Salam ^.^



Tuesday, May 03, 2011

Carta hati (original song) - najwalatif

MISI BESAR ^.^

Assalammualaikum . tak jawab dosa meh . huhu ^.^

Misi besar aku hari ni , mop rumah nenek yang besar ni . Siyes meh , mahu pengsan mop ini rumah . Rumah nenek aku ni rumah kampung . So , banyak part kene mop . Lagi lagi kan plak , rumah senang berhabuk . Jadi kene mop lame sikit nak buang habuk yang tebal tebal tu . Yelah , dah lame tak ber-mop . hehe . Alhamdulillah , tamat dah misi aku tadi . Naik patah pinggang , macam nak tercabut tangan and peluh dah macam hujan dah ., eeee . HAHA .


 mop - Girlzz . hehe .
Mop ni , bagi aku macam satu senaman . sebab peluh semue keluar . macam macam gerakkan aku buat la . kire ber-style la mase mop tadi . haha . Lepas je mop , rase ringan je plak badan . Bagus gak kan aktiviti mop ni . So , marilah kite mop hari hari . bagi berkilat lantai rumah tu . HAHA . kite jugak yang untung kan , rumah bersih dan selesa . huhu .

Huhu . hokay . mahu rest and and makan . see you to the next post . InsyAllah . bye . Salam ^.^

Monday, May 02, 2011

seremban plus plus

Assalammualaikum. tak jawab dosa meh . huhu . hallo -.^

Akhirnye aku pulang juge ke Melaka lepas tiga hari duduk kat seremban menguruskan rumah alang di Ampangan, Seremban .  sebelum nak pergi rumah alang tu , macam macam terjadi kat aku , nenek and alang . Mula mula kereta aku ada masalah , bateri problem and ape tah satu lagi tu . aku tak tahu masalah . hehe . Then , sampai je rumah alang , aku salah kunci plak . Jadi aku , nenek and alang terpakse tunggu acu hantar kunci . Lame gak aku tunggu acu . sebab aci ade hal sikit nak kene uruskan . huhu .

sepanjang aku kat seremban tu , aku tumpang rumah acu first day tu sebab rumah alang takde air . Esok tu plak , baru lah aku tidur rumah alang . second day tu plak , aku ade jumpa kawan aku jimmy . belanje die KFC kat Terminal 1 , Seremban sebab dah lame janji nak belanje meh . Asyik postpone je . so , kebetulan aku dah ade kat seremban . aku belanje lah die . huhu .

Third day tu plak , aku pergi  wedding abang jimmy . dengan Dekyah , Emal and Nick . Meriah ah makan kat wedding tu . Makan nasi ayam and cendol meh . Siyes sedap meh . SLURPP ! huhu . Thanx ah jemput kami ye jimmy . Nanti kalo ade buat makan makan ke . kenduri ke . ajak ajak la kami ni hokay . haha . 




 

Alhamdulillah , semue hal kat rumah alang tu dah selesai . Dengan tenang hati , aku , nenek and alang balik ke  melaka semule . cehhh . Kalo ade mase lagi , aku akan turun seremban . InsyAllah .

Hokay lah , mahu pegi makan . jumpe the next post yang .