Friday, December 14, 2012

mahu tido jugak !

Assalammualaikum . Halo ! Halo !

Tak kira , aku nak tidur gak . Disebabkan esok takde benda penting nak diuruskan lagi . So , malam ni aku nak tidur SEDIKIT awal lah . Yelahhh , penat kot . I need some rest . Aku bukan robot okay , even robot pon  need some rest tau . Kalau tak , confirm meletop . BOMMM !

Aku ni kalau tak cukup tidur and feel pressure , confirm migrain aku datang . USHHH ! cannot be lahhhhh . Aku kene cukup tidue gak . Ape jalan sekali pon lah .

MAHU TIDUR !!!!!!

Aku rasa lagi ngantok bile Mr.Boss pon dah tidur sekarang . Baru meseg satu dua . Die dah tertidur dah . AUSHHH . Cannot be lahhh . Tak bestnye . Dah aku dok rindu kat die . Semalam pon call kejap je . Sebabkan aku busy siapkan video mandari aku and die plak busy uruskan hal hal kat Poli PD die tu . HURMM  . #sedihhhh .

Takpelah , inilah adat orang belajar . Masa tu sangat terhad dan harus dihargai dan diguna sebaik yang mugkin . . HUHUHU .

So ! Again , tak dapat call lame lame macam biasa malam ni . Mr. Boss dah pengsan kepenatan . Not good not good . Tak suke , tapi kene redha semua ni . HURMMM  #sedih plus pasrah :(


hope : esok dapat buat keje dengan sebaiki mungkin and plus plus , dapat call lame lame dengan my love Mr.Boss . OUCHHH !  tak sabarnye ! HUHUHU :)

tak dapat tido .

Assalammualaikum . Hola ! Hola !

UHSHHH ! Kali ni dah masuk kali ke berapa dah aku asyik tidur lambat je . Ni semua assignment punya pasal lah ni . Bukan nak merungut ke ape , tapi kali ni macam dah too much sangat meh .

Naik pening kepala aku fikirkan ni . First time dalam hidup aku , dalam masa satu minggu tu , ade 4 test , 6 reportsssss kene submit , and ...... 3 presentation . WAHHHHH . boleh gila maaaaa .

Bagi aku lah kan , degreee life this time memang killer bagi aku . Semua lecturer rush rush and push push kitorang . Tension gaklah . Tak same macam diploma life dulu punya dulu .

HURMMM . I miss diploma life ........

Hope : okay , ika can do it and will do it sebaik mungkin . Tak kisah lah banyak mane pon and bertimbun mane po , bergunung mane pon . I WILL DO IT !!!!! yeeeeehh . chayok chayok . KEHKEH .

Okay . papai ! Salam ^.<

Thursday, December 13, 2012

Gelap !

Assalammualaikum . Hola ! Hola !

rumah gelap !!!!!!!!!
 ARGGGG !!!! takut lahhh . how ni ? adoi . time malam malam macam ni plak elektrik takde . cannot be lah macam ni  . macam mane nak buat assigment ni ? macam mane nak makan ? macam mane nak tidur ? Adoii . cannot be cannot be .

Yo bro TNB , cepat lah betulkan elektrik ni . Hari dah makin gelap ni . Kitorang semua takde spare lilin . GELAPPPP !

come on lah elektrik ! aku seru kao ! mari lah marilah ! yihaaaaaaa !

hope : elektrik elok cepat . USHHH ! =.=

Friday, November 30, 2012

Assalammualaikum . Hola ! Hola !

29 NOVEMBER 2012

Tadi kan , aku pegi UiTM Shah Alam . Mahu amik jubah . Nasib baik dah survey jalan awal awal . Kalau tak, dan confirm confirm aku sesat . Yelah , ni kali pertama aku menjejakkan kaki kat Shah Alam tu . Boleh tahan besar jugak lah induk UiTM ni .. Dari dulu aku asyik dengar orang bercerita pasal induk UiTM ni , baru kali ni aku berkesempatan untuk masuk . HEHE .

Pening gak lah aku dengan family cari jalan nak pergi Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) tu . Yelah , berbelit belit kot jalan die . USH . Untunglah ade signboard kecit micit tu tunjuk arah . KEHKEH .

Bile dah sampai kat DATC tu , aku tengok punyelah ramai orang tadi . Berasak-asak masuk dewan tu tadi nak amik jubah . Bila dah ramai ramai macam tu , semua dah tak tahu nak beratur  . Main tolak tolak je . Last last , bile pak cik polis bantuan tu keluar , barulah diorang beratur and masuk follow barisan . HUHU . Bagus gak pak cik polis tu sound sound , kalau tak , memang habislah lunyai aku dengan kawan-kawan aku penyek kene himpit mase masuk DATC  tu . KAHKAH  ^.<


Alhamdulillah , akhirnye graduated gak aku . Berkat doa ibubapa dan usaha aku dan bantuan rakan-rakan , aku berjaya menggenggam segulung diploma . Semoga perjalanan untuk degree nanti menjadi lebih baik dari ini . Dah lah aku besar , pakai jubah ni nampak aku lagi besar . HEHE ^.<


Seperti biasa , bergambar gambar suatu kewajipan . kan ? kan ? 
so , ayuh bergambar kawan !!!!


















kami kembar lain bapa lain emak lain family . HAHAHA ^.<



kitorang berkawan dari sekolah menengah dah still same sampai diploma . tapi bile degree , terpisah . HUWAAAA ! >.<
tapi tadi menemukan kitorang semula . HEHE ^.<


my cute friend . geram kan tengok muka die . UMMMM . mahu cubit pipi . (Padahal , pipi aku pon same je . KEHKEH ) ^.< 


kawan yang kelakar dan selalu tunjuk jalan pada aku dan kawan yang manje pplus garang sikit . rindu die sangat sangat . HEHE ^.<


aku suke bercerita kat die ni . fokus betol mendengar . love you lah kawan . HUHU ^.<
jangan stop dengar cerita aku tau . HIHI .




4th December 2012 
wait for us !
we will come !
YEAHHH !!!
^.<

mood : sangat happy sebab ......
           -dapat jumpe kawan kawan lame diploma 
           -dapat jubah labuh dan besar ni 
           -dapat bergambar dan berjemur 
           -dapat lompat lompat macam nyet nyet  . KEH KEH .
           -dapat berita yang Mr.Boss dah beli chocolate Daim saya . Yummmy !  thanks love ^.<
           - tak sabar nak tunggu 4th December tu . HIHIHI ^.<

Hola ! Hola ! Ieka anak pak cik Zikir . Salam  ^.< 



























Thursday, November 15, 2012

kawan baru KBM .

Assalammualaikum . Halo ! Halo !

Pejam celik . Pejam celik . Aku dah pon masuk degree . Rasa macam baru je start diploma . CEHHH . Bajet muda je lah kan . Padahal ! Dah masuk 21 tahun dah pon . HEHE .

Dulu aku diploma kat UiTM Kampus Alor Gajah Melaka . Betul betul sejengkal je dengan rumah aku . Now , still dapat UiTM kat Melaka gak , tapi jauh sikit lah . Sikit !!!!! je jauhnya . UMMMM . Memang tak berkembanglah hidup aku ni . Melaka je lah kan . ERRRRR .

Tapi takpe lah kan , janji dapat sambung degree . Melaka pon Melaka lah . Redah je . HUHU . So , dengan hati yang terbuka , jiwang yang tenang ( tak berapa tenang sangat lah ) , dan hati yang ikhlas , aku teruskan belajar dengan baik dan bersungguh-sungguh . WAHHHH . HEHE . Kali ni , I want do better than before . Hope , akan terlaksanalah azam tak berazam aku ni . KEHKEH . Doakan aku ye ^.<


Ni lah budak kelas aku sekarang . Kitorang akan study sama sama selama setahun setengah je . Kejap je . HEHE . Pastu dah praktikal dan habislah degree aku . Tak sabarnye nak habis degreee . Tak sabar !!!!!!

Okay ! semangat ika ! semangat ika ! HEHE ^.<

Hola ! Hola ! Ieka anak pak cik Zikir . Salam  ^.< 



Assalammualaikum  . Halo ! Halo !

Selamat pagi ! HAAAAA ! Pagi yang indah dan segar ini buat saya malas nak bangun . Nak terus je tidur dan tidur dan tidur . HEHE ^.<

Hampir mengalah dengan godaan syaitan syaitan yang nakal tu , tapi bila terfikir - fikir assignment and subject yang banyak nak kene cover , terus saya bangun . HAHA . Nampak tak , nampak tak . Betape berkuasanyan 'cik as' (assignment) dengan 'kak sub' . Terima kasihlah kerana sudi kejut saya . ERRR (tangan di dada , mata ke atas) . HUHU  (;P)

Okay , nak bagitahu ni . Saya dah baik balik dengan Mr.Boss saya . Happy nyewwwww ! Semalam masing-masing muka ketat je . Yelah , orang tengah berangin kan . KEHKEH ^.<

Alhamdulillah , kami dah kembali happy together , bersatu , bergabung dan BOOOOM ! Yeahhh ! Okay ,. Dah dah . lebih lebih plak saya ni kan . orang tengah happylah katakan . Thanks Allah :)

Hopefully , we will happy and tak mau gaduh gaduh lagi tau Mr.Boss . Sedih lah kalau gaduh gaduh macam ni ( padahal , punca gaduh tu saya ) HAHA . Pape je lah . Janji kami dah okay balik dah sekarang .

Mood : happy naik giler dan nak senyum je satu hari ni . KEHKEH :)

Hola ! Hola ! Ieka anak pak cik Zikir . Salam  ^.< 

Wednesday, April 04, 2012

Ulang Tahun perkahwinan Ayah dan Ibu ♥

Assalammualaikum dan salam sejahtera .
(^.<)

Walaupun penat duk ke hulu dan ke hilir , tapi semua kepenatan tu agak berbaloi bagi aku sebab kepenatan aku tu boleh membuatkan kedua ibu bapa aku gembiran dan tersenyum . HUHU ^.<

HAPPY ANNIVERSARY 
IBU DAN AYAH !

* Pengantin lama cutting the cake . HEHE . (sibuk je adik aku kat belakang tu interframe . huhu .)

" Ieka sentiasa mendoakan kebahagian ibu dan ayah . Semoga Allah S.W.T. murahkan rezeki dan memberkati hidup ibu dan ayah . Ieka harap  , kita sekeluarga akan kekal bahagia dan gembiran bersama sampai bila-bila . IsnyAllah . WE LOVE BOTH OF YOU ♥ .


* Sayang mereka ketat ketat . siap pakai 2 , 3 mangga supaya takkan
tertanggal . akan kekal ketat . HUHU . 
I ♥ THEM 


MASTER PLANNER for this celebration is .....


She (me) is a person struggling to plan for this anniversary . 
Alhamdulillah , everything is running smoothly . HUHU .



Okay 
Bye Bye 
Assalammualaikum 
(^.<)



Kali terakhir bersama .

Assalammualaikum dan salam sejahtera . 

Pada tarikh 31 Mac 2012 , berakhirlah pengajian Diploma Pengurusan Bank aku di UiTM Alor Gajah , Melaka . Kalau korang nak tahu , rumah aku dengan UiTM tu dekat lah sangat sangat . Aku ni orang Alor Gajah , study diploma pun kat Alor Gajah . Tak berkembang kan . HEHE . 

Eh , aku sebenarnya bukan nak post tentang pengajian aku yang dah berakhir ni . Aku nak cerita tentang aku keluar bersama rakan-rakan kelas aku buat kali terakhir sebelum kitorang ambil the last paper 31 Mac tu . Tapi , tak semua yang join , just kawan kawan yang rapat dengan aku je . HEHE . 

Dah lama kitorang plan nak keluar sama macam ni , tapi ada je hal yang menghalang . Contohnya , masalah kewangan , kadang-kadang ada assignment yang kena siapkan atau bincangkan , dan ada masalah yang menimpa salah seorang daripada kami ni ha . Tu yang susah nak hang out together , Kitorang nak keluar sama sama ni sebab nak buat satu memori buat kali terakhir untuk diploma kitorang ni . Nanti , boleh jadi kenangan manis buat kitorang an . Ada lah jugak moment yang boleh jadi ingatan . HUHU .

Lokasi pertama yang kitorang pergi adalah tengok wayang  kat Golden Screen Cinema (GSC) di Dataran Pahlawan , Melaka . Movie yang , menjadi pilihan kitorang , THIS MEANS WAR . Boleh tahan best lah cerita ni . Tentang dua orang spy  ni merebutkan seorang wanita ni . Banyak jugak part part kelakar dalam cerita ni meh . Tapi kanak-kanak tak dibenarkan etngok cerita ni , just 18 above is allowed ye . HEHE . Kalau nak tahu dengan lebih lagi , pergi lah tengok ye .


* Ni lah movie tu . you should try meh . HUHU ^.^


* keching keching jap before masuk wayang . 


* just window shopping jap . Lame sangat turn nak masuk wayang . HIHI .


*  saje nak tunjuk tunjuk ticket tu . padahal takde apa pun . KEHKEH .


Lepas dah bergelak gelak dan ber-feeling feeling dalam wayang tu . Of course lah cari tempat untuk isi perut yang dah berbunyi ni . Perut masing-masing dah keluar macam macam jenis lagu dah . Ada lagu zapin lah , rock lah , R&B and aku lagu korea . HAHA . So , kitorang pergi lah terjah restoran yang kitorang dah lama teringin nak makan ni . Emm . Ada satu restoran ni ,ia ala ala korean . Nama restoran tu , SEOUL GARDEN kat Mahkota Parade , Melaka . Restoran ni , korang just perlu bayar dulu kat kauter depan tu ikut dewasa , kanak-kanak or kalau korang ada kat student , korang dapatlah diskaun dari harga dewasa tu . So , rajin rajin lah bawa kad matrik ye . HEHE . Lepas tu , korang boleh makan seberapa banyak yang korang nak dan seberapa lama yang korang mahu . Maaaaakaaaan je lah  . 


* saje nak masuk promote restoran ni . HEHE . "silakan datang ye " 

Dalam tu ada macam macam makanan ada . Contohnya , daging tu ada digaul dengan macam macam bahan (daging black pepper , garlic and others bahan) , ada salad , dessert (ais krim , bubur , abc ) , dan banyak lagi lah . Kalau aku nak senaraikan semua makanan yang ada dalam tu , habis penuh satu post ni aku tulis nanti . HAHA . Pergi lah cuba ye . 


* tu dia . YUMM YUMM . makan sepuas-puasnya meh . HUHU .



*masing-masing muka happy sebab perut dah penuh and hampir meletup dah tu . HAHA .


* pose depan restoran tu dengan muka yang girang , hati yang senag dan perut yang kenyang . WUHUUU .


BURGHHH ! Alhamdulillah . Kenyang sudah . Tuhan je lah tahu bertapa kenyang nye kitorang . Tak pernah rasa kenyang dan perut penuh macam tu . Betul-betul tahap maximum penuhnya . HAHA . Leka makan je , kitorang tak perasan yang hari dah petang . Dalam pukul 4 petang macam tu . Tapi kitorang still tak puas jalan jalan . So , ada lah seorang kawan aku ni ajak lepak kat pantai before balik rumah . Kemudian , kitorang pun cari pantai yang berdekatan . Pantai yang paling dekat , PANTAI KLEBANG . Pantai yang ada tanda '1 Malaysia " . Pantai tu memang selalu ramai orang duduk lepak kat situ and ada yang main layang-layang sebab kat situ angin agak kuat gaklah . Best lepak lepak . HUHU . 

So , kitorang mula lah lari lari kat tepi pantai tu macam orang tak pernah jumpe air kan . Macam hindustan pun ada gak . Yelah , bukan selalu kitorang pergi situ . Hermm . masa aku duk huha huha kat tepi pantai aku tu , tiba tiba ada beberapa kawan aku buat something yang agak mencurigakan kat kereta tu , jadi aku nak lah pergi tengok an . Yelah , takut ada apa-apa masalah ke . Tapi , seorang lagi kawan aku ni duk tarik tarik plak pergi terus jalan jalan tepi pantai . Aku pun dah ting tong dah masa tu . 

Tak lama lepas tu , dengar diorang nyanyi lagu Happy Birthday and sambil tu bawa kek . Rupa rupanya , diorang surprised untuk birthday aku dengab seorang lagi kawan aku ni, Fatimah namanya .Memamng aku terkejut lah and tak expected yang diorang nak celebrate bithday aku dan Fatimah . HUHU . Thanks ye korang . 


* ni lah my cake . yummmmyy !


* besday girls . me and Fatimah 



* moh makan cake moh . makan sampai pengsan . HIHI .


* kami dibuli oleh budak budak nakal . Dah macam ape tah kami ni ha . HAHA .


* diorang pun kene sekali . padan muka . KEHKEH . 


* hamik kao timah ! cekik dia ramai ramai . HA HA HA .


* pose for the last time before go back home  ♥ ^.^


Kenangan yang terbina ini akan sentiasa terpahat diminda aku dan sentiasa bermain-main difikiran ni . Sampai bila-bila pun aku takkan lupa saat-saat kita bersama sepanjang pengajian diploma yang kita sama-sama harungi selama 3 tahun . Terlalu banyak ilmu , pengalaman , kisah-kisah , memori , dan suka duka yang aku dapat . Aku harap , kita akan dapat berjumpa lagi . Sedih lah plak bila buat ayat menyentuh hati ni . Sobs Sobs :'(

Semoga kita semua akan terus berjaya dalam hidup masing-masing dan May Allah bless you my all friends . Sayang korang sangat sangat . Muah muah for you 

 "I WILL MISS YOU "
"I WILL LOVE YOU KETAT KETAT"
"WE WILL BE FRIENDS FOREVER AND EVER"
"BFF muah "





















Wednesday, March 28, 2012

Hari tua adikku .

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua  *wink (^.<)



"Selamat hari jadi ,
selamat hari jadi ,
selamat hari jadi emi ,
selamat hari jadi "







Yeahhh . Hari ni 28 Mac 2012 , hari jadi adikku sayang ZULHELMI B. ZIKIR yang ke-16 . Di sini , angah dan keluarga mendoakan hidup emi sentiasa diberkati dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Dan tak lupa jugak kami mendoakan kejayaan dan kebahagiaan emi di dunia dan di akhirat kelak . Amin ..Jadi , dengan umur yang makin bertambah ni , angah harap emi akan jadi lebih matang dan dapat membuat sesuatu keputusan dengan lebih baik lagi . Okay okay my boy , bro brooooo . HEHE .


* nak jugak letak gambar sama sama denga my boy bro broo ni . KEHKEH .


Hermmm . Kejap betul adikku ni dah besar ye . Dulu kecik je dan comel comel gitu , sekarang dah tinggi macam tiang eletrik plus muka dah cengkong and look macho meh . HEHE . Masa kecik kecik dia ni muka chubby chubby and memang comel lah . Geram tengok pipi dia masa tu .Compare dengan sekarang . HEH , dah tak comel tapi nampak macho sikit . Sikit je lah . Malas nak puji lebih lebih . Kembang plak nanti budak sorang ni . HEHE . Papepun , love you bro . Muah muah .

Okaylah , hope dia akan happy di hari jadi dia ni dan menjadi hari yang bermakna untuk dia . HUHU .Bro , we love you dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk emi  LOL  (^.^) .

Lambat masa berlalu .

Assalammualaikum dan salam sejahtera .

Sekarang aku rasa masa berjalan lambat sangat meh . Semua ni sebab kau puas menunggu untuk ambil paper yang terakhir untuk sem terakhir aku untuk diploma ni . HUSH . Tapi sebenarnya , masa tu berjalan macam biasa je , aku je rasa macam lambat kan kan . HEHE .


Bila ada gap kejap dalam 2 , 3 hari aku bising takut tak dapat study betul betul . Bila dapat gap lama macam gini aku bising jugak sebab otak aku dah mula senget belajar banyak sangat . ISH ISH . Entah pape je lah aku ni an . Memang dasar tak reti bersyukur . HEHE . Eh , ape hal plak aku kutuk lebih lebih lak diri aku ni . Emm . ni lah dia kalau otak dah mula senget . KEHKEH . 

Papehal pun , aku harap sangat aku dapat jawab paper investment ni dengan baik . Sebab dah hempas pulas aku  study unutk paper ni . Calculation dah okay , bab bab teori ni aku paling lemah meh . Hermm . Takpe takpe boleh punye kan . Ieka boleh ! ieka boleh ! . HEHE . 

Okaylah , rasanye ni je lah yang aku nak merapu merapu kat blog aku ni . Assalammualaikum dan salam sejahtera ^.^




Monday, March 26, 2012

in FINAL WEEK and FINAL SEM .

Assalammualaikum dan salam sejahtera .

Just nak kecoh kecoh je ni . HUHU .

Sekarang aku tengah dalam final week or busy amik final exam untuk semester terakhir aku . Tak sangka betul , pejam celik pejam celik dah dah nak habis diploma dah . Rasa macam kejap je 3 tahun tu . Dulu masa mula mula masuk dulu , aku rasa macam bertahun tahun nak tunggu 3 tahun tu habis an . Haa , sekarang dah tiba masanya aku tinggalkan zaman diploma . HEHE .

Ni , tinggal satu je paper lagi aku nak amik . Paper Investment , gap 10 hari kot . lama betol . Bila dah dapat gap lame, rasa mood nak belajar tu lambat je . Yelah , banyak hari lagi kan . Haaaa . ni lah aku , suka bertangguh tangguh belajar . Ish ish . teruk an aku . Korang jangan tiru aku . Don't try this at home . HEHE . Kira kira , tinggal lagi 5 hari je lagi nak ambil paper investment ni . HUHU . Berdebar gak lah .



Harap-harap Allah permudahkan segala pembelajaran aku dan rakan-rakan untuk jawab paper terakhir ni . Amin . Okay lah , saje nak HUHA HUHA pasal final week aku ni . Yelah , aku dah berabad-abad tak update blog aku ni ha . Rasa dah semak samun plus lalang dah nak sama tinggi dengan aku . HEHE . Okay , Assalammualaikum dan terima kasih  *wink (^.<)