Friday, September 23, 2011

twit ! twit !

TWITTER ! dah tak asing lagi kan ? Haa . nak cite sikit lah ni . Emm .  Dulu masa aku sekolah menengah, kecoh budak pakai Myspace . Bile aku masuk Universiti , students heboh dok main muka buku (Facebook)  . sekarang twit twit la plak yang famous . HEHE . Aku ni daripada takde twitter , terus ada lah . HAHA . Yelah , tengok kawan kawan aku semua main twit twit . Aku pun nak jugak . HEHE .


*Comel kan bird kat atas ni . Bird ni kira symbol twitter ni ler kan . HEHE .

Mesti sekarang dah ramai dah ada twitter ni kan .Biasa lah , dalam hidup ni mesti lah ada kemajuan dan ikut kemodenan zaman IT sekarang . Lagi lagi pulak , sekarang kita boleh twit twit and face face by phone je an . So , kat mane pon kita berada , kita still boleh dok main twit and facebook . HUHU . 


Pagi tadi , aku ada tengok rancangan Wanita Hari Ini . Diorang ada membincangkan pasal kebaikkan dan keburukkan Facebook ni . Adoii . Ada jugak sikit aku terasa point point yang diorang cakap tu . 


Sebenarnya dari dulu aku dah banyak dengar cite buruk pasal Facebook ni . Tapi , walaupun cite macam tu keluar , masyarakat still guna facebook kot . Diorang bukan kisah sangat pon pasal keburukkan keburukkan ni . 


Bagi pendapat aku lah kan . Facebook takde lah buruk mane sangat pon . Depend kat cara penggunaan seseorang tu . Kalau seseorang tu pandai menggunakan Facebook dengan baik , so , takkan ada lah kes kes buruk melalui Facebook ni kan . Contohnya kes pukau , hantar santau , penipuan wang dan banyak lagi lah an .


Emm , aku nak bagitahu sikitlah apa yang aku dengar dalam MHI pagi tadi . *tak lah semua aku ingat . HEHE .

  • Satu , Facebook ni boleh membawa kepada perpecahan dalam sesuatu hubungan cinta , persahabatan dan perkahwinan . 
  • Dua , boleh jugaj jadi punca kepada pergaduhan antara masyarakat . 
  • Tiga , kita boleh jugak menggunakan Facebook ni sebagai tempat mencari maklumat , cari kawan lama untuk berhubung semula dan ada lagi penceramah tu cakap tapi aku tak ingat lah . HEHE .
  • Empat , Sesetengah orang menggunakan Facebook sebagai tempat dia lepas geram dengan cara update status Facebook dia . Dok kecoh lah HUHA HUHA pasal masalah yang dia hadapi and perasaan marah dia tu kan . HEHE . Sometime , aku pon buat gak . Tapi tak lah tahap melampau macam sesetengah orang tu . 
  • Lima , adajugak orang yang terlalu leka dengan dunia Facebook ni , diorang boleh dok menghadap Facebook tu berjam jam meh . Memang diorang leka habislah . USH USH . not good not good . HEHE .
Emmm . Sebenarnya banyak lagi penceramah tu cite , tapi aku tak berapa dengar sebab aku busy buat past year question FA yang memeningkan tu . HUHU . Kalau dah Facebook ni banyak buruknya , korang beralih lak plak ke Twitter . HAHA . Eh , gurau gurau . Terpulang pada korang lah nak guna yang mane mane pon . Asalkan korang bahagia dan gembira . HEHE ^.<


kalau sudi , follow lah Twitter aku * just klik kat gambar bawah ni .
THANKS (kalau korang sudi follow ah kan . HEHE )


*wink ^.<


No comments:

Post a Comment