Sunday, July 24, 2011

Sikap Pemandu

Hai and Assalammualaikum semue my love 9 followersss . Masih 9 followersss . tak bertambah tambah pon . Mungkin blog ieka ni tak best kot . HAHA . Heemmm . Pape je lah . Tapi kepada yang sudi baca blog ieka ni . Terima kasih ye . Sayang korang lebih . HAHA .

Okay , hari ni ieka nak post pasal sikap pemandu kat jalan raya ni . Hermmm . agak pelik and sakit hati tengok pemandu sekarang ni . Series meh , macam mahu sekeh sekeh je diorang . HUHU . Lelaki ke . Perempuan ke . Sama je dua dua . HISH .

So, sekarang ni ieka nak cakap pasal sikap sikap pemandu zaman sekarang ni . Jom !

Pertama , LANGGAR LAMPU ISYARAT .

Ieka tak tahu lah kan , pemandu pemandu zaman sekarang ni kenal warna atau tak . Sebab , diorang ni tak kisah , merah ke kuning ke hijau ke . Main bedal je jalan . Pelik betul meh . Tu yang boleh jadi nye kemalangan tu . Kalau korang nak tahu (kalau nak tahu lah kan . HEHE ) melanggar lampu isyarat ni salah satu penyebab tertinggi kemalangan jalan raya . Haaaaa . tu diaaaaaa . So , korang korang yang pemandu ni , kena lah sedar sikit , jangan lah main langgar je lampu isyarat tu . Kalau korang main langgar je ,jadi apa function nye lampu isyarat kat tengah tengah jalan tu . Kesian lampu isyarat tu . Orang buat donnow je kat dia . HAHA . Fikirlah sikit , bahaya meh kalau korang langgar lampu isyarat tu . Tak pasal pasal tengah dok langgar lampu isyarat , tiba tiba kereta yang dah lampu hijau tu BANG ! kereta korang . daaaahhh kemalangan plak . Lepas tu , menyusahkan orang nak hantar korang pergi hospital . (kejam meh ayat ) HEHE

 .

Kedua , POTONG MEMOTONG .

Ni satu lagi sikap pemandu buat masa kat jalan raya . Biasanya  potong memotong ni terjadi kat kawasan kampung . Bila follow je belakang kereta yang memandu slow .  ha  , mulalah hilang sabar and rasa bosan , pastu cuba cuba nak memotong kereta yang slow tu . Sampai tak kenal double line ke line putus putus ke . Main bedal je . Dah tak fikir dah bahaya atau tak . Itu yang boleh kemalangan tu . Adoii . Cuba lah bersabar sikit . Jangan main duk potong  je . HERMM . Kemalangan bole jadi bila si pemandu  tengah memotong and tiba tiba kereta yang dari arah berlawanan datang . lepas tu si pemandu ni  tak sempat nak elak . Then , BANGG ! HUSH ngeri meh sebenarnya bila jadi nye kemalangan macam gitu . HURMM . Tapi kalau ye pon nak sangat memotong , make sure lah line clear masa tu and di line yang betul . Jangan lah double line pon korang bedal je . Tu yang bahaya tu . Okay . ada paham . HUHU .

Ketiga , SPEED LAJU LAJU .

Haaaa . yang bab laju laju ni pon ieka takut gak tengok pemandu sekarang . BER-DESUP ! DESUP ! laju kereta . Dah macam nak melayang dah kereta bila dah tahap laju sangat . Kan ? Ieka pon kadang kadang bawak laju , tapi takde lah sampai macam nak melayang kereta . HEHE . Entah apa tak diorang nak kejarkan . Tu yang banyak kereta terbabas sana , terbabas sini .Laju lah tu punca nye . Betul tak ? kan ? HURMM .


Keempat , MALAS GUNA SIGNAL .

S.i.g.n.a.l . Signal . Agak agak pemandu sedar tak yang kereta diorang ada signal atau tak . HAHA . Hermm . Mestilah diorang sedar kan . Takkan tak sedar plak . Ieka tanya macam tu sebab sekarang dah ramai pemandu yang bawak kereta tak guna signal . Diorang main masuk je simpang . Ieka selalu kena time drive . Haaa . Ni nak cite ni . * tengah ieka dok syok drive kereta , tiba tiba kereta depan ieka ni masuk simpang tak bagi signal pon  .  Cepat cepat ieka elak . HUSH . Nasib baik elak , kalau tak , ieka dah BANG ! kereta dia . lepas tu dia macam tu , bole buat muka slumber je . Geram meh . Korang janganlah buat macam gitu ye . Buat marah orang je .  Tak beradab tu .  Adoii . Respect sikit pemandu yang lain . Okay .

Kelima and yang last sekali . HUHU , SUKA GUNA HANDPHONE TIME DRIVE .

Ini tabiat buruk yang biasa pemandu lakukan (yeye je ieka ni , kao pon kadang kadang buat . WAHAHA ) . Bila guna handphone tengah drive , pemandu bole terleka sekejap dan bole menyebabkan kemalangan . Yela , mata dok lengah pandanng handphone , sekali kereta dok ke kiri ke kanan dah macam orang mabuk bawak kereta dah . HUHU . Bahaye tu korang . Bole BANG ! kereta lain meh . Ada jugak yang jawab telefon masa drive . Tangan sebelah pegang stereng , sebelah pegang phone . Lepas tu , tak fokus drive . Kalau ye pon nak sangat jawab call tu , pakai lah hands free phone tu . At least takde lah bahaya kan . HUHU .

Okay lah . Ieka rasa tu je kot yang ieka nak cerita pasal sikap pemandu kat negara kita ni . HUHU . Hope korang janganlah ada sikap sikap yang ieka cerita tadi . ieka pon cuba nak jadi pemandu yang berhemah . CEHHH . HAHA . Sama sam lah kita menajdi seorang pemandu yang berhemah dan mengikut semua peraturan jalan raya . YEAHHHH ! (apehal lak aku bersemangat sangat lak ni . huhu ) . Okay . Bye and Assalammualaikum ^.<

2 comments:

  1. Ieka jugak salah satu punca eksiden hahaha :D

    ReplyDelete
  2. mane ada meh . aku budak baik bile drive . HAHA .

    ReplyDelete